Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

January 5, 2013

Tetap Kau Satu-satunya

hati bila berdetik
terkadang aku sendiri tak memahaminya
apatah lagi nak di olah
huh! memang payah
saat jantung berdetak
jarum jam mengejar waktunya
aku seakan mahu lari ke langit
bersembunyi di balik bintang
mengintai bulan penyeri malam
agar aku dapat lihat lebih dekat
cahaya kecil seakan kuasa magnet
menarik aku untuk aku lihat
dibalik sinar kerlipan
sejujurnya
aku tak pernah meminta kehadiranmu di sini
tapi setiap kali hati ingin mengusir kau pergi
seakan sukar untuk biarkan kau berlalu dari sisi
mungkin kau yang akan kekal di hati
menjadi raja penyeri hari
di dunia mahupun syurgawi
tetap kau satu-satunya lelaki
kurniaan Tuhan yang maha pengasihani

January 3, 2013

Perlu ke?

perlu  ke aku bahaskan soal rahsia yang menyakitkan. soal hati yang dalam kekecewaan. soal harapan yang tak kesampaian. aku pasti, kalau di utarakan pasti ada 1001 jawapan mahupun alasan. aku benci perasaan ini. aku benci rasa ini. aku benci harus hidup terusan begini. ini bukan aku. tentu sekali bukan aku. dalam hidup aku, dia cuma satu. takkan mampu diganti oleh siapa pun. aku paham tentang hati yang kesepian. diri yang kesunyian. tapi aku tak boleh terima semua ini. ia terlalu menyakitkan. ya Allah, aku tak kuat. aku semakin lemah. makin lemah. tolonglah. aku perlu kuat! sayang itu perasaan yang maha suci. aku tahu. aku mengerti. tapi kenapa sekarang? masih kurangkah bahagia itu? masih lokekkah intipati di hati? tolong. jangan biarkan aku membenci. tolong. jangan biarkan aku tersakiti lagi. tolong. jangan biarkan aku menjauh hati. kerna aku takkan pernah menerima itu. aku takkan pernah mengizinkan ia berlaku. kerna hatiku tetap ada yang satu. hanya satu.