Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

August 31, 2012

andai bisa aku kembali...

Hidup ini memang tak mampu kita jangkakan... yeah! so unpredictable... hari ini mungkin kita mampu ketawa, senyum, gembira tapi siapa tahu ketentuan Tuhan, mungkin esok airmata yang menemani kita... huh! mungkin inilah takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya... melihat anak kecil berlari, sungguh aku ingin kembali ke zaman itu... zaman yang aku tak perlu berfikir tentang apa itu kesakitan, tentang apa itu pengkhianatan, kekecewaan, kehampaan, harapan dan...argh! pokoknya, aku tak mahu itu semua... aku mahu seperti anak kecil itu, berlari, bermain, lakukan apa sahaja yang terlintas di hati mereka... tenang... sungguh itu yang aku rasakan... tenang sekali... 

susah jugak tempuh alam dewasa ini ye... hahaha... andai boleh di putar balik waktu, mahu saja aku kembali seperti dulu... iya, menjadi budak tomboy yang sentiasa ketawa, bergurau senda, tabah, kuat & sabar dalam apa jua keadaan... bila ingat balik zaman itu, aku rasa kelakar pulak... mane tidaknye, tak seorang pun dari rakan lelaki aku berani nak hadap budak tomboy itu... apa lagi bila time baran die da sampai... alamat terbaliklah kerusi meja... hehehehe... tapi dengan budak tomboy itu jugaklah, ramai yang meluah perasaan... adoii... oh, man! tak mainlah jiwang-jiwang ini... yarks! oppss! jangan salah faham... dorang meluah perasaan mereka terhadap perempuan lain... they said, they felt comfortable to share how they feel at the time with me... owh, really... jiwang siot! apa pun, aku sayang kawan-kawan aku... so then, aku cuba jadi pendengar yang baik untuk kawan-kawan & abang-abang angkat aku... oh, yeah... dalam tomboy-tomboy pun ramai abang angkat weh... gilak sehh! hahahaha... tapi dalam masa yang sama ramai jugak minah-minah sengal dok jeles kat aku... pe jadahnye?! sorry ek, aku tak perasan... lelaki-lelaki itu yang menyatakan itu kepada aku bahawa wanita-wanita mereka mencemburui keakraban aku dengan lelaki-lelakinya... well, hello! takde feel laa... macam aku takde taste... kawan & abang angkat kot... hahaha...

tapi hanya kerana satu ungkapan, merubah segala pada budak tomboy ini... CINTA... iya, cinta... sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia... aku akui & sangat setuju dengan kata-kata itu... kerana cinta aku berubah... ketika cinta hatiku diragut & dibawa pergi jauh dari hidup aku, ketika itu aku seperti hilang arah tuju... setiap malam hari aku di temani airmata & setiapkali juga aku bacakan kalimah-kalimah suci buat penenang diri... aku rebah ketika sujud ku menghadap illahi... dan ketika malam meniti waktu, seringkali aku termimpikannya... senyuman itu yang sering menerjah malam ku... meminta aku untuk kembali ke alam nyata... merayu untuk aku bangkit dari masa lalu... 

sekian lama aku mencari kekuatan, memulihkan semangat yang telah hilang... then here I am... mungkin tak sekuat dulu tapi aku rasa sudah memadai untuk aku berdiri dan terus berdiri... teruskan hidup... itu yang harus aku lakukan... ya, ini sebetulnya... alhamdulillah, terima kasih ya Allah... terima kasih... aku bersyukur kerna masih punya kesempatan ini...

No comments:

Post a Comment