seringkali aku mendengar luahan hati temanku. berbicara tentang erti persahabatan. jelik. ye, mungkin itu kata yang paling tepat untuk aku rungkaikan. bukan kerna aku harus mendengar luahannya tapi kerna perangai manusia yang seperti tidak punya rasa. ucapan yang tidak sehaluan dengan perlakuan. entah di mana letaknya hati yang paling cantik anugerah Tuhan. apa erti sahabat bagimu? apa erti kasih sayang antara sahabat bagimu? apa erti kau prihatin terhadap sahabatmu? sayang, semua yang mereka ungkapkan hanya palsu. hanya mainan semata. bahagiakah kau wahai teman?
bukankah sahabat itu tempat kita berkongsi rasa? segala suka, duka, tangis & tawa. malah sahabat itu juga merupakan cermin bagi kita. jika ada perlakuan yang tidak sedap di pandang, seharusnya kita menegur, membetulkan keadaannya sebagai sahabat yang kau katakan. tapi tidak kau lakukan sahabat. sedih. pedih. itu yang seringkali temanku utarakan tatkala meluah rasa padaku.
kata temanku, "beb, aku tak mintak dorang jadi sebaik sahabat Rasulullah. cukuplah sekadar dorang paham aku, hormat aku, jujur & ikhlas dalam persahabatan. tegur aku bila salah. bukan aku mintak suruh dorang berkorban nyawa untuk aku. susah ke?" kelu lidah ku untuk terus berbicara. jadi aku biarkan saja pertanyaan itu. tapi bila fikirkan kembali, ada benarnya kata temanku itu. susah ke? hanya perlu paham, hormat, jujur, ikhlas & tegur bila salah. tak perlu korban nyawa pun. huh! mungkin pada sesetengah orang itu, untuk menegur sahabat sendiri itu, dirasakan begitu payah sekali. tak tahu bagaimana hendak menegur, takut sahabat terasa hati. tapi kita kena ingat, membiarkan sahabat melakukan kesalahan tanpa menegur umpama si tukang besi yang busuk.
"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik
terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang
terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)
(Hadis riwayat al-Hakim)
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
Jadi, pick your choice. tegur sahabat itu dengan berhikmah. cuba rujuk balik bagaimana Rasulullah S.A.W menegur para sahabat mahupun kaum musyrikin. aku percaya, ada yang bakal mempersoalkan atau berkata, "aku bukan Rasulullah". aku tergelak sendiri bila ada yang meluahkan kata-kata sedemikian rupa. sudah terang lagi bersuluh, kamu bukan Rasulullah tapi kamu di minta mencontohi Rasulullah saja.
lalu ku katakan pada temanku, "sabar je lah beb. manusia. itu kelemahannya. maafkanlah mereka. mungkin dorang tak sedar. sabar banyak-banyak sebab kesabaran itu adalah senjata paling tajam untuk hati kita. insyaAllah, ada yang lebih baik untuk kita nanti. anggaplah semua ni sebagai ujian. sebab Tuhan sayang sangat kat kita & Tuhan nak kita merayu, minta pertolongan dari Dia, Tuhan tak nak kita lupakan Dia." aku katakan itu dengan penuh senyuman mengharapkan temanku itu juga turut tersenyum. alhamdulillah. akhirnya, senyuman terukir mecantas segala kekalutan di hati.
Bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga
tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak
menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat,
maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih
dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan
keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi?
cuba baca sifat yang perlu ada pada sahabat, aku amik kat website iluvislam.
Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat:
* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya

No comments:
Post a Comment