Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

June 18, 2012

Selamat Hari Bapa, Ayah...

tatkala mereka sedang bergembira
aku sembunyikan segala rasa duka
aku tak mahu mencantas senyuman yang terukir
cukuplah aku sahaja yang bersedih
biarlah hanya aku yang mengalir airmata
sakit itu sudah biasa
jadi aku cuba kuat melawannya

aku tak mampu menipu hati
sedang aku sangat merindui
kasih ayah yang tiada terperi
belaian ayah buat aku sentiasa tenang di sisi
pelukan, kucupan
segalanya aku inginkan

cemburuku bertalu-talu
mendesak hati yang tiada mampu
apalagi makna ucapan itu
sudah lama ia berkubur di naluri
dibawa pergi bersama jiwa itu

ayah,
bertahun sudah berlalu
begitu juga aku cuba pertahan rasa di jiwa
redha dengan ketentuan dari Nya
berdoa agar kau aman di sana
moga kita bertemu di alam syurga
Selamat Hari Bapa, Ayah...

No comments:

Post a Comment