Acapkali duniawi punya berbagai kisah kehidupan yang Allah sahaja tahu di mana penghujungnya. Aku percaya apa yang Allah janjikan buat umatnya. Siapa kita untuk melawan takdirnya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui. Lakaran kehidupan manusia yang punya rasa sayang, kasih & cinta. Aku juga tak terlepas dari lakaran itu. Cuma bagaimana aku tentukan lakarannya, itu terserah pada diriku.
Cinta. Asalnya dari rasa sayang & kasih yang terlahir. Bisikan jiwa & desakan hati yang ingin merasa mencintai & dicintai oleh seseorang itu yang terjadi padaku bahkan kalian semua. Jujur, adakalanya aku bahagia. Betapa magisnya bila ada rasa cinta. Benar, aku mengalaminya. Aku mampu tersenyum sendirian mengingatkan kisah semalam yang barangkali ia mencuit hati. Aku punya perasaan yang tak mampu aku gambarkan. Aku setia bersama puisi-puisi cintaku kerna ada saja yang ingin aku luahkan ketika itu. Kerana cinta juga, aku mampu menangis kala si kekasih hati di timpa musibah atau sakit yang hanya sedikit cuma. Tapi tidak pula aku begitu prihatin tatkala ibuku sedang berperang dengan kesakitan yang seakan tidak mampu ditanggung. Pelik bukan.
Hari berganti hari, masa semakin rancak berlalu. Kata orang langit itu tidak selalunya cerah. Bak kata pepatah, aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Lumrah alam, larangan Allah itu pasti ada sebabnya. Dari bunga-bunga cinta, aku lalui peristiwa tangisan kalbu. Aku menangis kerana dia. Ya, kerana dia kekasih.
Kekasih, maafkan aku...aku tidak kuat untuk teruskan perjalanan kisah kita lagi. Ikhlas, aku masih mencintai & menyayangimu. Tapi apakah adil bagimu untuk teruskan hubungan ini yang seakan meletakkan darjatmu seiring lelaki dayus? Kekasih....kita hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa selain kasih dari Allah kepada hamba-hambanya...Kekasih, percayalah pada Allah kerana Dia hanya menjanjikan yang pasti & tidak akan sesekali Dia mungkiri.
Kekasih....senaskhah Al-Quran pemberianku itu buat peneman tika malammu sunyi & sepi. Bertahajjud & beristighfarlah kepada Allah kerana Dia Maha Mendengar bait-bait bicara hambanya yang di dalam kesempitan. Berdoa & istikharahlah. Sama-sama kita minta petunjuk dari Allah pengakhiran hubungan ini. Kiranya, sudah tercatat di Luh Mahfuz bahawa kau adalah pemilik tulang rusuk kiriku & aku adalah isteri juga ibu kepada anak-anakmu, maka dari itu aku terimamu sebagai suamiku kerana Allah SWT.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Doa itu ialah ibadat.”
Riwayat Bukhari

No comments:
Post a Comment