Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

February 28, 2012

Bosan Menganga

Assalammualaikum.....

balik. mandi. tunai kewajipan. rehat. on laptop. login blog. update entri.

aku bosan. bukan sebab itu aku bosan. tapi sebab watak-watak dunia yang aku kena persembahkan kalau tak aku ketinggalan. ye, aku bosan.

inilah aku. orang muda tapi matang. ye, terkadang manja. nak warnai kehidupan. haruslah pelbagai. aku bosan lagi. sayang, bukan sebab itu juga. tapi sebab kena maen timbang kati kalau nak sebati. ye, sungguh bosan.

inilah agenda aku seharian. tekan-tekan papan kekunci. hentak-hentak penanda. catit lingkaran huruf yang sama. sambil jari-jari menari. argh! bosan lagi. owh, bukan sebab itu juga. tapi sebab kena buat filem antarabangsa kalau tak hancur berderailah jawabnya. ye,sangat bosan.

paku-pakis tak paham. macam mana nak paham. cemuhnya selalu, herdiknya laju tapi nilainya tak tau. takkan aku nak terang satu persatu. jenuhlah kalau macam tu. aku pun ada rasa malu. tak pasal-pasal kena buat buku. jadilah cinta muka buku. tapi tu lagu bukan cerita aku. ye, sesangat bosan.

inilah cerita aku. bisik sikit. gosip sikit. kemudian bosan menganga. tamat cerita.



p/s :  carik-cariklah cerita disebalik bahasa-bahasa tegang dan renggang. best of luck!

No comments:

Post a Comment