Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

February 28, 2012

Bosan Menganga

Assalammualaikum.....

balik. mandi. tunai kewajipan. rehat. on laptop. login blog. update entri.

aku bosan. bukan sebab itu aku bosan. tapi sebab watak-watak dunia yang aku kena persembahkan kalau tak aku ketinggalan. ye, aku bosan.

inilah aku. orang muda tapi matang. ye, terkadang manja. nak warnai kehidupan. haruslah pelbagai. aku bosan lagi. sayang, bukan sebab itu juga. tapi sebab kena maen timbang kati kalau nak sebati. ye, sungguh bosan.

inilah agenda aku seharian. tekan-tekan papan kekunci. hentak-hentak penanda. catit lingkaran huruf yang sama. sambil jari-jari menari. argh! bosan lagi. owh, bukan sebab itu juga. tapi sebab kena buat filem antarabangsa kalau tak hancur berderailah jawabnya. ye,sangat bosan.

paku-pakis tak paham. macam mana nak paham. cemuhnya selalu, herdiknya laju tapi nilainya tak tau. takkan aku nak terang satu persatu. jenuhlah kalau macam tu. aku pun ada rasa malu. tak pasal-pasal kena buat buku. jadilah cinta muka buku. tapi tu lagu bukan cerita aku. ye, sesangat bosan.

inilah cerita aku. bisik sikit. gosip sikit. kemudian bosan menganga. tamat cerita.



p/s :  carik-cariklah cerita disebalik bahasa-bahasa tegang dan renggang. best of luck!

February 26, 2012

Menangis Dalam Sujud

Ya Allah, sungguh besar dugaan yang Kau berikan padaku. Tak tertanggung rasanya di hati ini. Aku hampir rebah kerna meratapi keperitan jiwa yang tiada terkira. Sejujurnya, aku tidak kuat menghadapi ujianMu yang sangat berat.

Ya Allah, dugaan apakah ini? hingga aku tak mampu menahan airmata ini dari mengalir. Terlalu kuat gelombang yang memukul tiang imanku. Sungguh dalam hatiku dirobek dek rasa kepahitan yang terpaksa aku telan. Gelora hati yang tidak mampu tenang seperti dulu, buat aku seolah-olah kehilangan pertimbangan jiwa yang seharusnya sedar.

Subhanallah! Astargfirullahalzim....ya Rahman ya Rahim ya Muhaimin...aku redha jika ini ketentuan dariMu...

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar. (yaitu) orang-orang yang ketika ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihirojiun” – sesungguhnnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali. (Surah Al-Baqarah, 155- 156) 

Di sepertiga malam
aku mencari segala kekuatan
untuk memperkukuhkan iman
aku mencari segenap keredhaan
untuk aku terus mampu tersenyum
aku mencari buih-buih ketabahan
untuk memperoleh rahmatMu, ya Allah
aku menangis dalam sujud istikharahku
tika aku pasrah dengan ketentuanMu
aku pinta sekelumit kasih sayangMu
untuk aku tetap terus mengharungi
lekak lekuk kehidupan ini
agar aku tidak lalai dengan bisikan syaitan
tumbuhkanlah benih-benih kesabaran
biar aku lebih bersedia menghadapi dugaan
alhamdulillah, terima kasih ya Allah
untuk cinta, kasih & sayang yang Kau tunjukkan


“…ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi(kurnia)…

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram”
(Surah Ar-Ra’d, 28)